Saturday 3 December 2011

SUDAH HILANGKAH ADAB TERIMA KASIH PADA BANGSAKU???…


Terima kasih.. satu ungkapan yang amat mudah tapi makin terhakis dalam adab bangsaku…
Kita sentiasa bersyukur pada nikmat Allah namun amat sedikit kita berterima kasih pada manusia yang memberi kebaikan kepada kita. “Allah pernah berfirman, bersyukurlah pada nikmat yang Ku berikan, akan Ku tambahkan nikmatKu untuk mu.

Akan tetapi bangsaku kini seperti lupa pada semua itu, tepat sekali apa yang Tun Mahathir kata, ‘Melayu mudah lupa’. Kita lupa untuk bersyukur atas apa yang kita nikmati sekarang.
Banyak sekali contoh yang pernah ku alami tentang konsep tidak berterima kasih ini. Ia berlaku di kampung kelahiran saya sendiri, tentang harga barang keperluan yang naik, pasti kerajaan yang akan dipersalahkan. Malah ia menjadi modal politik pihak tertentu, namun kita lupa pada subsidi yang kita terima setiap hari. Setiap hari saya lihat gula, minyak masak, gandum di seludup ke seberang, malah menjadi sumber rezeki pada mereka ini.

Minyak petrol dan diesel juga turut diseludup, hinggakan Ron 95 amat sukar didapati untuk kegunaan orang ramai. Saya terpaksa beratur panjang untuk mengisi minyak. Satu kereta penyeludup mampu mengisi hampir  100  liter minyak. Mereka telah mengubahsuai tangki minyak mereka. Hasil dari kegiatan inilah mereka guna untuk keluarga mereka. Kerana sabsidi ini mereka mendapat nikmat dan pendapatan untuk kehidupan harian mereka.

Kakitangan kerajaan juga tak terkecuali dalam masalah ini, mereka marah pada kerajaan keran kata mereka gaji mereka tidak cukup. Kerajaan tidak adil dan menindas mereka. Tapi hakikatnya apa yang saya perhatikan, mereka ada rumah besar, kereta besar dan kelihatan amat mewah.  Kerana hutang yang banyak, kerajaan dipersalahkan. Tapi sedarkah mereka yang bersalah adalah diri mereka sendiri, mereka tidak menguruskan kewangan mereka dengan baik. Sebagai manusia yang mempunyai akal, kita patut beringat ketika berbelanja. Orang kata ‘ukur baju dibadan sendiri’. Bila dah terkena, dan hutang keliling pinggang, akhirnya kerajaan yang dipersalahkan.

Bagi penerima bantuan dari kerajaan pula, andai kerajaan membantu mereka untuk keluar dari kepompong kemiskinan, mereka tidak bersyukur atas pemberian itu. Contohnya, pernah berlaku di kampung saya, pihak Risda memberi mereka motosikal roda tiga untuk membantu mereka, tetapi selepas sebulan, motosikal itu telah dijual dengan harga yang murah.
Seorang kawan pernah berkata pada saya, bangsa melayu sudah terlalu manja, mungkin suatu hari nanti kita akan merempat di tanahair sendiri. Bagaimana kah nasib bangsaku suatu hari nanti???? FIKIR DAN RENUNGLAH…